pagi tadi 20/12/2016 (selasa), saya dengan rakan2 saya pergi ke rumah warga tua sri pritchard kinarut, papar. di situ kami membuat aktiviti kemasyarakatan dan meluangkan waktu bersama warga tua di sana. terlalu banyak kisah yang dikongsikan warga tua di sini. saya tidak habis fikir kenapa dan mengapa anak2 mereka meninggalkan mereka di sini. dalam kita gembira dalam kita senang masih banyak lagi jiwa yang begitu sedih di tinggalkan seperti itu. sewatu berada di sana, saya ber...cerita dengan seorang warga tua di sana dia seorang ibu, bila kami bercerita dia begitu semangat untuk berkongsi kisahnya. dia mempunyai 4 orang anak yang masing2 sudah berkerja. tetapi anaknya menghantarnya di sana atas sebab2 tiada yang dapat mengurusnya. saya begitu sedih apabila mendengar ceritanya. dia berkata dia seorang yang garang dulu dengan anaknya, dia juga bilang dia selalu nasihatkan anaknya supaya bila ditempat orang janganlah sombong dan sentiasalah rendah diri. tetapi anaknya pula berkata kepadanya. bila saya hantar mak di sana mak jgn sombong2 di sana nanti orang di sana tak nak berkawan dengan mak.. saya sangat sedih mendengar itu semua. yang membuat saya menangis apabila dia ckp yang ''boleh anak tengo telefon makcik ni, makcik tidak boleh telefon sudah anak makcik'', dan apabila saya tengo telefonnya simnya tidak sudah aktif, saya cakap yang telefon makcik tiada kredit, makcik tu mengeluh panjang. saya boleh lihat keluhan makcik itu, wajahnya berkata bahawa dia begitu rindu dengan anaknya. sya juga bertanya siapa yang yang lawat makcik di sini.. dia berkata ''anak saya yang bongsu yang lawat saya di sini tapi duluu lah'' makcik tu kata. anaknya yang pertama yang menghantarnya ke rumah warga tua ini.
sedih apabila melihat keadaan seperti ini.. mengapa ini terjadi pada mereka.. sesenang mana pun kita nanti, bagaimana kita berjaya, bagaimana kita susahpun nanti.. jangan pernah kita meninggalkan mereke begitu saja. tanpa mereka engkau tidak pernah mengenal dunia ini, engkau tidak akan wujud di dunia, berbaktilah pada mereka sehingga mereka menghembuskan nafas mereka yang terakhir. maaf sekiranya banyak kesalahan ejaan or tk tersusun hehehe..