Wednesday, February 21, 2024

Random Photoshoot

Pada 29 Jun 2023, Admin ke kebun keluarga meluangkan masa bersama rakan-rakan sambil membuat aktiviti seperti karaoke dan photosoot.







Thursday, March 2, 2017

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH UMS (sedikit pengenalan tempat)

Hello hehe, Saya adie, pelajar komunikasi tahun 1 2016/2017, sebagai mahasiswa yang menuntut di UMS ini, saya ingin mengongsikan beberapa gambar yang saya ambil sendiri untuk memperkenalkan UMS atau UNIVERSITI MALAYSIA SABAH kepada semua. But please! jgn salah tempat yer semua, UMS tu di SABAH bukan di semenanjung, bukan di sarawak hahaha, sebab bnyak yang salah sangka UMS tu di semenanjung or sarawak, kat semenanjung tu USM manakala d sarawak tu UNIMAS, hahaha take noted semua.

Baiklah, mungkin gambar ini sedikit, tetapi cukup indah untuk dilihat. maybe saya akan mengambil lagi banyak gambar untuk dikongsikan kepada anda semua. sebelum anda melihat gambar-gambar ini, nak promote lah sikit my instagram acount, follow me okey @adie__die and @adw.photographer . thanks hehehe jgn lupa follow yer..

nahh ini dia sedikit gambar UMS

 Kolej Kediaman E
 View Dewan Canselor
 Menara Jam UMS
 Pusat Pengantara Ilmu dan Bahasa PPIB UMS
 Kompleks Sukan UMS
 Masjid UMS
 Dewan Canselor
 Fakulti Kemanusiaan Seni dan Warisan FKSW UMS
 Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan
 Jalan UMS
 Kolej Kediaman E
Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan



guys, itu saja untuk ketika ini hehe, nanti saya akan share lagi banyak gambar yang cantik di UMS ini okey... Untuk pelajar yang bakal masuk ke UMS korang jgnlah risau sngt apatah lagi yg dari jauh yg xpernah jejak kaki di sabah. jgn dengar sngt apa orang lain cakap diorang tau nak ckp tpi xpernah pun jejak sabah.. suatu hari bila korang sudah tamat pengajian korang pasti akan rindu gila di sabah ni. percaya saya hehe..
Apa yang best time sem 1 ni, wahhh terlalu banyak benda yang best.. opsss ada jga ok benda yang tak best sem 1 ni.. bercakap mengenai ni, mmg saya mau ceritalah kunun. Saya masuk ums pada 28/08/2016.. bukan first time jejak kakilah, first time jejak kaki time lawatan asrama smk keningau dua hehehe.. ok masa jejaka kaki d ums bergelar sbgai seorang mahasiswa kunun memang banyak benda yang saya fikir, of coz lah kawan2 nanti macam mana tempat tinggal, kos saya macam mana, mau naik apa nanti etc. Hahaha biasalah masih muda kan.
                   
First day, aduuuu memang memenatkan, banyak benda kena urus dari satu tmpt ke tmpt lain, masa mengurus tu pun sempatlh tengo kiri kanan, atas bawa, semua mau tengo haha, adalah kehidupan jga sy nampak hahha faham sampai di situ, xpya faham k. okey than barulah sy naik ke blok kunun, satu2nya blok adam d kg E ni hahha iaitu blok ibnu khaldun. Sangat siksa bila kau dapat tingkat paling atas amaa.. tapi its oklh apa blh bwt. Than first meet dgn roomate iaitu c fazil, kos dia kejuruteraan from tawau, than lepas barang smua sda di atas susun smua sda, brulh jln pgi 1B with my family, than bru blik lgi ke kediaman meet again roomate bru iaitu c zarul, sy mmg keliru dgn diorang punya nama mcm sama hahahaha ndak jga jauh jga beza tpi mmg slalu tesalah. N jumpa lgi roomate last masuk iaitu c anjing hahahahhahahhah I call his anjing coz dia call me babi kadang tebalik lgi dia pggl sy anjing sy pggl dia babi hahahah okey enough.

Hidup mulai terasa nikmatlh ceh, dpt selesaikan semuanya, dpt roomate ok, actually bilik sy bukan bilik 1 but felo cina tu da ckp sna than sy sda terselesa, terbiasa dll n sy da tdk mau pindah. Ok than hari2 kmi mmg penat bila first, kmi kena ikut msm bnyk aktiviti, kena bagitau peraturan yg membosankan, nk cari sapa kalau ada problem, d mana pejabat itu ini, dllllllll aduhhh memang penat lh, kmi ni joinn sja apa blh bwt kn..

Okey, lepas tu di pendekkn cerita sikit, tiba masa kami pergi mendaftar kursus, time ni masih lgi kmi macam tidak tau apa, pergi kesana kesini, mau drop apa smua, mmg time ni sy pun blm ada kawan lh, kwn gitu2 sja, bila da selesai smua, perghhh tuhan sjalh yg tahu macam mna kmi hritu, than ada jadual bertembung so terpaksa kmi prgi ke pejabat utk urus, sy dgn diorang smua ni…

Ok bila da selesai, da tdk ingt da apa sy buat hahahhaha, than start kulih, mulai lh rasa kehidupan d u macam mna, nk study mcm mna, prgi kuliah mcm mana. Brulah kmi ikut lgi seerat salam for kg E only, kena bgitau lh smuaaaaa tentang kg e ni,, mmg best lh jga bnyk jga tekenal senior d program kolej E ini..

Suasana menunggu dan menaiki bas hahha, than dewan kulah..
Memang banyak benda baru yang saya belajar bila di u ni, smua kena berdikari, kena rasa dulu pahitnya bagaimana baru boleh belajar cara hidup di u ni, bukan smua benda d u ni baik, mengenai sahabat, tersiksanya bila dapat sahabat yg btl2 tidak memahami diri ini. Tidak perlu di ceritakan. Now sy sda ada sahabat yg betul2 memahami sy, hope so lh, smoga kekal bgtu okey sahabat...

Kejutan budaya juga dirasai di sini, apa maksud nya tu?? hahahhaha xperlulh k hanya saya saja yg tahu hahahhaha.

Fuhhhh apalgi sy mau mencarut ni ok.. actually banyak tau sy mau ckp tpi conform bersurat2 ni nanti hahahha, asal sy bagi pembayang cukuplh hahaha..

Hidup sy now d u maybe sudah 70%, yg lain perlu sy belajar n ambil tahu, sem 1 ni sy sda tahu beberapa perkara yg boleh dan yg tidak boleh, banyak sda senior yg sy kenal, banyak sda perkara yang saya mulai tahu, tidak semua d dunia ni kehidupannya terlahir sempura.. sy mengenali kehidupan yang berbeza di sini, enough lh hahahha malas mau cerita..

Sem ni sy banyak jugalah join aktiviti, demi mendapatkan kolej kediaman dalam, sy juga seorang setiausaha blok ibnu khaldun hehhe.. memori bersama sahabat pada sem 1 ni mmg bnyak, sy join seerat salam, join jakmas lawat rumah org tua, join aspirasi kecemerlangan, join program extravaganza.. hahahahha tu ja kot.. sy juga sedang pusing2 ums, pergi odec berjalan kaki dgn kwn2, pergi naik ums pick, sy juga suka ambil gmbr, d mana2 sy pergi utk ambl gmbr, kadang kwn jdi mangsa. Sy juga ada pergi tamu gadang sempena konvo ke 18 ums, ada artis lh jga dtg.

Perkara yg best juga, dpt bnyk kwn2 form pelbagai negeri, sempat juga jalan2 ke kundasang bwa kwn2 dri semenanjung, ada sorang yg da pindah ukm, sanggup terbang ke sabah nk join, iaitu muzzafar, kwn sy jga from sepang. Kmi jalan2 time cuti. Ada jga pergi pulau sapi with abg fahmi azizi, kwn knl dri IG hahaha student akaun. Kmi enjoy d pulau, ke sana naik motor dia. . bercakap mengenai motor, sem dua ni saya da bawa motor yeahhh.. ok ckup hahha.

Juga st terasa bagaimana mahu susun jadual, pergi klas mcm mna naik bas, hanya tuhan saja yg tahu, menunggu bas, berebut naik bas lgi, bediri lgi. Kadang ke klass sendiri, terasa ke kuliah pagi, ptg. Pergi 1B balik2 hahahhaha, prgi kk with kwn2, bljr guna grab car, naik tut. Bwt assgmnt yg agak susah ada yg senang, bwt presentation lgi. Lepak cafe slalu, kadang sendiri, kalau prgi cafe kena lh smart2. kadang malas jga. Hahhahah study d dkp baru smapai larut malam, berjumpa dgn someone lgi hahahah.. waduhhhh banyak nya mau ingt hhehehe..

Bila da last2 sem 1 ni, mulailah terasa sedih, cehhh ndak jga, time ni mau bersungguh2 sbb da final exam.. pejam celik, pejam celik ahh ahhh da penghujung sem da hahhaha. Brulah sedar da final exam… entah macam mana lh result nanti… hope sangat result sy bgus lah sem 1 ni… ok done ni sja sy blh cerita.

Done write, 07/02/2017 11:59 pm selasa

Tuesday, December 20, 2016

pagi tadi 20/12/2016 (selasa), saya dengan rakan2 saya pergi ke rumah warga tua sri pritchard kinarut, papar. di situ kami membuat aktiviti kemasyarakatan dan meluangkan waktu bersama warga tua di sana. terlalu banyak kisah yang dikongsikan warga tua di sini. saya tidak habis fikir kenapa dan mengapa anak2 mereka meninggalkan mereka di sini. dalam kita gembira dalam kita senang masih banyak lagi jiwa yang begitu sedih di tinggalkan seperti itu. sewatu berada di sana, saya ber...cerita dengan seorang warga tua di sana dia seorang ibu, bila kami bercerita dia begitu semangat untuk berkongsi kisahnya. dia mempunyai 4 orang anak yang masing2 sudah berkerja. tetapi anaknya menghantarnya di sana atas sebab2 tiada yang dapat mengurusnya. saya begitu sedih apabila mendengar ceritanya. dia berkata dia seorang yang garang dulu dengan anaknya, dia juga bilang dia selalu nasihatkan anaknya supaya bila ditempat orang janganlah sombong dan sentiasalah rendah diri. tetapi anaknya pula berkata kepadanya. bila saya hantar mak di sana mak jgn sombong2 di sana nanti orang di sana tak nak berkawan dengan mak.. saya sangat sedih mendengar itu semua. yang membuat saya menangis apabila dia ckp yang ''boleh anak tengo telefon makcik ni, makcik tidak boleh telefon sudah anak makcik'', dan apabila saya tengo telefonnya simnya tidak sudah aktif, saya cakap yang telefon makcik tiada kredit, makcik tu mengeluh panjang. saya boleh lihat keluhan makcik itu, wajahnya berkata bahawa dia begitu rindu dengan anaknya. sya juga bertanya siapa yang yang lawat makcik di sini.. dia berkata ''anak saya yang bongsu yang lawat saya di sini tapi duluu lah'' makcik tu kata. anaknya yang pertama yang menghantarnya ke rumah warga tua ini.

sedih apabila melihat keadaan seperti ini.. mengapa ini terjadi pada mereka.. sesenang mana pun kita nanti, bagaimana kita berjaya, bagaimana kita susahpun nanti.. jangan pernah kita meninggalkan mereke begitu saja. tanpa mereka engkau tidak pernah mengenal dunia ini, engkau tidak akan wujud di dunia, berbaktilah pada mereka sehingga mereka menghembuskan nafas mereka yang terakhir. maaf sekiranya banyak kesalahan ejaan or tk tersusun hehehe..

Random Photoshoot

Pada 29 Jun 2023, Admin ke kebun keluarga meluangkan masa bersama rakan-rakan sambil membuat aktiviti seperti karaoke dan photosoot.